Belanjawan MADANI 2026 cerminan keutamaan kerajaan
PUTRAJAYA – Belanjawan MADANI 2026 yang akan dibentangkan Jumaat ini bukan sekadar dokumen kewangan tahunan, tetapi ia adalah cerminan keutamaan kerajaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, belanjawan itu juga merupakan hala tuju negara bagi tahun mendatang.
“Insya Allah, perincian lanjut akan saya bentangkan dalam Belanjawan Madani Keempat pada Jumaat ini.
“Dengan tumpuan kepada usaha membela rakyat, memperkukuh ekonomi dan memperteguh asas negara yang mampan serta inklusif,” kata Anwar dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Dalam hantaran sama, Perdana Menteri memaklumkan telah memberi taklimat berkaitan Belanjawan MADANI 2026 kepada rakan-rakan media, tengah hari tadi.
Belanjawan 2026 merupakan permulaan kepada Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) yang akan menggariskan dasar pembangunan negara bagi tempoh 2026 hingga 2030.
Pelaksanaan program tahun pertama di bawah Belanjawan 2026 perlu selari dengan kerangka besar RMK13 khususnya dalam menaikkan lantai dan mengawal siling supaya pertumbuhan ekonomi tidak meninggalkan golongan rentan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








