BERITA SEMASA

PM hargai pengorbanan TUDM sempena ulang tahun Ke-67

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atas komitmen, keberanian dan kesetiaan mereka dalam mempertahankan ruang udara negara.

Dalam satu hantaran di Facebook rasminya, Anwar berkata pengorbanan serta tahap kesiapsiagaan anggota TUDM menjadi tunjang utama kepada keamanan dan kedaulatan tanah air.

“Teruskan legasi kecemerlangan, negara akan terus menghargai setiap titik peluh serta pengorbanan kalian. Dirgahayu TUDM ke-67!” katanya.

Sambutan ulang tahun ke-67 TUDM tahun ini membawa tema ‘Kuasa Udara, Perisai Kedaulatan Negara’.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button