Jurucakap IRGC terbunuh dalam serangan peluru berpandu
TEHRAN – Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) mengesahkan jurucakapnya, Ali Mohammad Naeini terbunuh dalam satu serangan peluru berpandu yang didakwa dilancarkan oleh tentera gabungan Israel dan Amerika Syarikat (AS) awal pagi tadi.
Menurut Tasnim News Agency, laporan kematian itu disiarkan menerusi platform Telegram dan X.
“Jeneral Ali Mohammad Naeini telah syahid dalam satu serangan udara pada hari Jumaat.
“Naeini telah syahid dalam serangan pengganas yang bersifat jenayah dan pengecut oleh pihak Amerika-Zionis pada waktu subuh,” menurut kenyataan IRGC di laman web Sepah News.
Perkembangan terbaharu itu berlaku dalam konteks ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, susulan beberapa siri serangan balas antara Iran dan sekutunya dengan Israel sejak kebelakangan ini.
Media antarabangsa sebelum ini melaporkan konflik yang semakin melebar turut melibatkan kepentingan strategik AS di rantau tersebut, sekali gus meningkatkan kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konflik berskala lebih besar.
Penganalisis geopolitik melihat insiden yang meragut nyawa pegawai kanan IRGC itu berpotensi mencetuskan tindak balas balas daripada Iran, memandangkan peranan penting organisasi tersebut dalam operasi ketenteraan dan keselamatan negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








