BERITA SEMASA

Jual, guna peranti tanpa kelulusan boleh didenda atau penjara – MCMC

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melawat 359 premis peranti komunikasi di seluruh negara bagi memberikan penerangan kepada pemilik serta petugas kedai tentang keperluan pemerakuan dan label agensi itu pada peranti komunikasi.

Lawatan tersebut dijalankan di bawah program ”Direct Engagement” dari Jun 2024 sehingga November ini.

Menurut MCMC dalam satu kenyataan, tindakan itu akan membantu mereka memahami langkah yang diambil bertujuan untuk memastikan peranti adalah selamat, asli, mematuhi standard serta serasi dengan rangkaian dan tidak mengganggu frekuensi.

“Sehubungan dengan itu, MCMC mengingatkan bahawa perbuatan menjual atau menggunakan peranti tanpa kelulusan atau label MCMC adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Sepanjang pelaksanaan aktiviti ini, maklum balas yang diterima daripada para peniaga adalah sangat positif dan mereka telah menyatakan komitmen, menyambut baik pendekatan turun padang MCMC dan akan mematuhi keperluan pemerakuan dan pelabelan peranti komunikasi seperti yang telah ditetapkan,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya usaha itu juga mencerminkan komitmen berterusan MCMC untuk memastikan keselamatan pengguna terjamin serta memelihara integriti rangkaian komunikasi negara dengan memastikan hanya kelengkapan komunikasi yang mematuhi standard dijual di pasaran.

“Pengguna digalakkan untuk berbelanja dengan yakin, dengan hanya membeli peranti yang diperakui dan mempunyai label MCMC.

Mcmc
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah melawat 359 premis peranti komunikasi di seluruh negara dalam program ”Direct Engagement”.

“Untuk memudahkan semakan status pemerakuan, pengguna digalakkan menggunakan aplikasi Check Your Label (CYL) yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store atau Google Play Store.

“Pengguna hanya perlu memasukkan nombor Label ID MCMC, nombor IMEI atau nombor siri bagi mendapatkan status pemerakuan dan maklumat peranti untuk memastikan produk tersebut sah serta mematuhi standard yang ditetapkan,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button