2 kampung di Kulai terima kualiti internet lebih baik di bawah pelan JENDELA
KULAI – Seramai 1,500 penduduk di dua kampung iaitu Kampung Murni Jaya 2 dan Kampung Tersusun Murni Jaya di sini dan kawasan sekitar kini dapat menikmati kualiti perkhidmatan internet yang lebih baik apabila dua menara komunikasi siap dibina dan diaktifkan melalui penggunaan teknologi Multi Operator Core Network (MOCN).
Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan, bagi penduduk di Kampung Murni Jaya 2, mereka boleh menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh CelcomDigi dan Maxis.
Katanya, bagi penduduk di Kampung Tersusun Murni Jaya pula menerima perkhidmatan lebih baik daripada CelcomDigi, Maxis dan U Mobile.
“Selain itu, pembinaan menara-menara komunikasi ini dijangka akan memperluas dan meningkatkan kualiti liputan di kawasan yang bermasalah.
“Kedua-dua menara komunikasi tersebut dilaksanakan di bawah inisiatif pelan
Jalinan Digital Negara (JENDELA) oleh MCMC,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching pagi telah mengadakan lawatan kerja ke tapak menara komunikasi di daerah Kulai yang turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.
Dalam pada itu menurut MCMC, melalui pelan JENDELA, sebanyak 129 menara baharu telah dirancang di negeri Johor.
Katanya, daripada jumlah tersebut, setakat suku kedua 2024, sebanyak 56 menara komunikasi telah siap dibina dan beroperasi sepenuhnya manakala selebihnya dalam peringkat pelaksanaan.
“Dijangkakan semua menara komunikasi di bawah pelan JENDELA 1 akan siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.
“MCMC komited dalam memastikan pelan JENDELA berjalan seperti yang telah dirancang agar rakyat berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar berkualiti untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka,” ujarnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








