
Kanak-kanak sembilan tahun maut dipercayai didera, polis siasat bapa tiri
MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun disahkan meninggal dunia pagi tadi selepas dipercayai menjadi mangsa penderaan.
Difahamkan, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta di bandar ini oleh bapa tirinya yang berusia lingkungan 30-an bagi mendapatkan rawatan kecemasan akibat kecederaan parah.
Namun, pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat pelbagai kesan kecederaan mencurigakan pada tubuh mangsa, termasuk kesan lebam di kepala dan badan serta kaki yang patah.
“Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan hospital berkenaan,” kata sumber.
Kejadian tersebut segera dimaklumkan kepada pihak berkuasa oleh pihak hospital pada pukul 10 pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Leow Kian Heong ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan namun enggan mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya ringkas.
Sementara itu, difahamkan polis kini sedang menyoal siasat beberapa individu termasuk bapa tiri mangsa bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |
One Comment