
Kanak-kanak disyaki mati didera alami OKU fizikal
MELAKA – Kanak-kanak perempuan yang maut dipercayai akibat didera bapa tirinya di Kota Laksamana, di sini semalam didapati orang kurang upaya (OKU) fizikal.
Menurut Kosmo yang memetik sumber, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu merupakan anak kedua hasil perkahwinan pertama ibunya dengan bekas suami sebelum wanita berkenaan berkahwin kali kedua dengan suspek lelaki pada 2021.
Kata sumber itu lagi, pasangan terbabit yang masing-masing berusia 36 dan 38 tahun kemudian dikurniakan seorang lagi cahaya mata.
“Mangsa merupakan kanak-kanak OKU fizikal yang hilang keupayaan untuk berjalan.
“Dalam kejadian semalam, bapa tiri mangsa telah menghantar kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri ke sebuah hospital swasta dan mendakwa dia telah terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi,” kata laporan itu, hari ini.
Hasil pemeriksaan doktor bagaimanapun mendapati, kanak-kanak itu mengalami patah kaki dan mempunyai kesan lebam pada bahagian kepala serta badan yang disyaki akibat didera.
Susulan maklumat itu, kedua-dua ibu dan bapa tiri mangsa ditahan dan permohonan reman dibuat hari ini di Kompleks Mahkamah Melaka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |