BERITA SEMASA

Jaslinda dibawa ke Hospital Tapah untuk pemeriksaan

TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang ditemui petang tadi akan dibawa ke Hospital Tapah bagi pemeriksaan kesihatan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, Jaslinda akan dihantar ke Hospital Tapah menggunakan ambulans Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Tapah.

BACA JUGA:
Jaslinda pilih turun sendiri daripada puncak Gunung Batu Putih
Anwar zahir rasa syukur Jaslinda ditemui selamat
Jaslinda ditemui selamat

Katanya, setakat ini ambulans masih dalam perjalanan ke Hospital Tapah dari Kampung Lubuk Gaharu Pos Musoh.

Operasi SAR mengesan Jaslinda diaktifkan 25 Mei lalu selepas dia dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki dan seorang malim gunung di Kem Batu Core selepas lelaki terbabit mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button