BERITA SEMASA

Operasi SAR cari Jaslinda diteruskan

TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini, sejak 24 Mei lalu, akan diteruskan.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim bagaimanapun berkata, operasi itu dilaksanakan dalam skala kecil dengan hanya membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selaras prosedur operasi standard (SOP) SAR orang hilang.

Beliau berkata demikian dalam satu sidnag media, di sini hari ini.

Jaslinda, 49, dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain dan dua malim gunung.

Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung bersendirian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button