Anwar zahir rasa syukur Jaslinda ditemui selamat
PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesyukuran selepas pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang sejak 24 Mei lalu ditemui dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, hari ini
Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk sukarelawan, pasukan penyelamat serta komuniti Orang Asli di Lubuk Gaharu.
BACA JUGA:
Jaslinda ditemui selamat
“Alhamdulillah syukur. Terima kasih sukarelawan dan pasukan penyelamat serta warga Orang Asli Lubuk Gaharu kerana melindungi saudari Jaslinda,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin mengumumkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) Jaslinda ditamatkan serta merta.
Beliau turut memberitahu, pihaknya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah menerima maklumat melalui talian MERS 999 kira-kira pukul 4.55 petang bahawa mangsa telah ditemui.
Beliau berkata, pihak polis telah membuat pengesahan penemuan tersebut dan menguruskan tindakan lanjut termasuk pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa.
“Sehubungan itu, operasi SAR yang bermula pada 24 Mei 2026 ditamatkan secara rasmi setelah mangsa berjaya ditemui dengan selamat.
“Pihak Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sukarelawan, masyarakat Orang Asli dan orang awam yang telah memberikan kerjasama sepanjang operasi ini berlangsung,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |
















