BERITA SEMASA

Jaslinda pilih turun sendiri daripada puncak Gunung Batu Putih

TAPAH – Pendaki wanita, Jaslinda Saludin memberitahu dia membuat keputusan untuk turun sendiri dari puncak Gunung Batu Putih kerana tidak mahu berada terlalu lama di puncak gunung tersebut.

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial hari ini, Jaslinda,49, berkata, sebelum pendakiannya ke puncak gunung tersebut, dia telah memaklumkan kepada individu yang bersamanya dipercayai malim gunung bahawa dia mahu memulakan pendakian ke puncak.

BACA JUGA:
Anwar zahir rasa syukur Jaslinda ditemui selamat
Jaslinda ditemui selamat

“Akak cakap akak gerak dulu, jadi akak gerak dulu naik atas. Lepas itu kamera akak bateri semua dah habis. Jadi akak pun dah sampai atas.

“Jadi akak tunggu kejap. Nak tunggu lama (di puncak), takut malam itu, dia (Mohd. Hanafi Neikmad, 41) tak larat,” katanya dalam rakaman video tersebut.

Jaslinda hari ini ditemui dalam keadaan selamat berhampiran Kampung Lubuk Gaharu, Pos Musoh, di sini, setelah hilang selama 13 hari.

Dia juga didengari memberitahu penduduk kampung Orang Asli di kampung berkenaan bahawa dia jatuh berulang kali sewaktu dia sesat di laluan berkenaan.

Operasi SAR mengesan Jaslinda diaktifkan 25 Mei lalu selepas wanita itu dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki dan seorang malim gunung di Kem Batu Core selepas lelaki terbabit mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button