SUKAN

Ribut petir tidak halang Perancis berpesta gol tewaskan Iraq 3-0

PHILADELPHIA – Perlawanan Piala Dunia antara Perancis dan Iraq terpaksa ditunda selama 2 jam 10 minit selepas separuh masa pertama susulan ribut petir dan cuaca yang buruk melanda kawasan tersebut.

Pada separuh masa pertama di Stadium Lincoln Financial Field, Perancis mendahului 1-0 selepas Kylian Mbappe menjaringkan gol ketiganya dalam kejohanan ini, sebelum disahkan bahawa permulaan separuh masa kedua akan ditangguhkan.

Pada awalnya, penangguhan minimum selama 30 minit diumumkan, termasuk tempoh rehat separuh masa selama 15 minit.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA, kemudian memaklumkan bahawa situasi cuaca masih dipantau bagi menentukan sama ada penangguhan tambahan diperlukan.

FIFA turut menjelaskan bahawa pihaknya akan mematuhi protokol keselamatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan perlawanan akan disambung semula sebaik sahaja keadaan selamat.

Perlawanan itu akhirnya ditangguhkan lebih dua jam dan hanya bersambung semula pada jam 8 malam waktu tempatan. Separuh masa kedua juga tidak menyaksikan rehat hidrasi tambahan.

Perlawanan antara Perancis dan Iraq terpaksa ditunda lebih 2 jam susulan cuaca buruk di Philadelphia.

Selepas permainan disambung, Mbappe menjaringkan satu lagi gol, iaitu gol ke-16 beliau dalam sejarah penampilan di Piala Dunia, sebelum Ousmane Dembele menambah gol ketiga untuk memastikan kemenangan 3-0 buat Perancis.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button