Telefon bimbit lelaki dihanyutkan kepala air masih dapat dihubungi
KUALA LUMPUR – Pasukan penyelamat masih meneruskan operasi mencari lelaki yang dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, semalam
Bagaimanapun, menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam, telefon bimbit milik mangsa masih dapat dihubungi.
Katanya, kedudukan telefon berkenaan dianggar berada di sekitar kawasan Puchong atau Shah Alam.
“Telefon mangsa masih ada berbunyi, tapi sekejap ada deringan, sekejap tiada. Mengikut kedudukan telefon itu, kita dapat jangkakan kedudukan dia mungkin berada di sekitar kawasan Puchong atau pun Shah Alam.
“Kerana telefon itu diletakkan dalam beg, mungkin telefon itu hanyut bersama beg dan bukan bersama mangsa,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.
Terdahulu, pencarian pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada hari kedua meliputi kawasan sepanjang 20 kilometer dari lokasi kejadian berhampiran Pintasan Saloma sehingga ke Tol Lebuhraya Shah Alam (KESAS).
Bagaimanapun, pencarian menggunakan pelbagai aset termasuk dron dan bot itu masih belum berjaya mengesan mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








