Jalur Gemilang terbalik tindakan hina maruah negara -AMK Pulau Pinang
KEPALA BATAS – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang mengecam tindakan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan premis Jinly Hardware Trading, Taman Bertam Perdana, di sini, yang disifatkan sebagai biadab dan menghina maruah negara.
Ketuanya, Muhammad Zakwan Mustafa Kamal berkata, Jalur Gemilang adalah simbol kedaulatan, perpaduan dan harga diri rakyat Malaysia, justeru sebarang perlakuan yang menyalahi protokol pengibaran tidak boleh diterima, apatah lagi ketika negara menyambut bulan kemerdekaan.
AMK menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan undang-undang sekiranya perbuatan itu dilakukan secara sengaja, selain menggesa pemilik premis memohon maaf secara terbuka.
“Cukup-cukuplah dengan alasan ‘tidak sengaja’ atau ‘silap pasang’. Kita memerlukan kesedaran, bukan alasan,” tegasnya sambil mengingatkan bahawa Jalur Gemilang bukan sekadar hiasan, sebaliknya lambang pengorbanan pejuang kemerdekaan dan identiti negara.
Dalam video yang tular hari ini, dua orang lelaki dilihat memasang dan mengibar Jalur Gemilang secara terbalik di hadapan sebuah premis perniagaan hardware.
Carian di internet menunjukkan lokasi kedai berkenaan terletak di Taman Bertam Perdana, di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








