JENAYAH & MAHKAMAH

Dua ditahan susulan bendera Malaysia, Johor dipasang terbalik

KULAI – Polis menahan seorang wanita warga tempatan dan pengawal keselamatan warga Nepal suslan insiden bendera Malaysia dan Johor dipasang secara terbalik di sebuah kilang di kawasan perindustrian Indahpura, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, kedua-dua individu berkenan, masing-masing berusia 34 dan 48 tahun, ditahan pagi semalam selepas gambar bendera berkenaan yang dipasang secara terbalik menjadi tular di media sosial.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga 21 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955, Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kesalahan berkenaan membabitkan penggunaan tidak wajar lambang kebangsaan, perbuatan yang boleh mencetuskan pecah keamanan, tindakan yang menyebabkan kegusaran serta penyalahgunaan kemudahan rangkaian.

Kesalahan berkenaan boleh membawa hukuman penjara dan denda.

Pengawal keselamatan terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Tan berkata, siasatan mendapati pengawal keselamatan itu dipercayai memasang bendera berkenaan, manakala wanita terbabit mengarahkannya untuk berbuat demikian.

Terdahulu, tular di media sosial gambar kedua-dua bendera dipasang secara terbalik.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button