BERITA SEMASA

Klinik pasang Jalur Gemilang terbalik diarah tutup 30 hari

PONTIAN – Sebuah klinik pergigian swasta di Pusat Perdagangan Pontian diarah tutup selama 30 hari selepas dikesan mengibarkan Jalur Gemilang secara terbalik sehingga tular di media sosial.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian (MPPn), Abd Azim Shamsuddin berkata, notis penutupan diserahkan kepada pemilik premis berkenaan pada jam 8.20 pagi, hari ini.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati premis itu melanggar Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Perniagaan dan Perdagangan Majlis Daerah Pontian 2019 berkaitan pengibaran bendera.

“Setiap premis berlesen diwajibkan mengibarkan Jalur Gemilang atau bendera negeri Johor dengan cara yang betul sepanjang tempoh tertentu, termasuk sempena sambutan bulan kemerdekaan.

“Tindakan penutupan dibuat mengikut UUK 49 (2) yang memberi kuasa kepada Yang Dipertua menutup mana-mana premis yang melanggar syarat lesen,” katanya memetik laporan BH online.

Beliau berkata, pemilik premis terbabit bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan bertulis dalam tempoh penutupan, namun keputusan lanjut adalah tertakluk kepada budi bicara pihak berkuasa tempatan.

Insiden pemasangan Jalur Gemilang secara terbalik itu menimbulkan kecaman masyarakat selepas gambar premis berkenaan tular di media sosial pada Rabu lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button