Lori polis terbalik, 10 OKT cedera di Rembau
REMBAU – Sebanyak 10 orang orang kena tuduh (OKT) mengalami kecederaan selepas lori yang membawa mereka terbalik di simpang empat lampu isyarat Jalan Seremban–Tampin, berhampiran Pekan Rembau, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 pagi ketika lori berkenaan dalam perjalanan dari Penjara Seremban ke Mahkamah Rembau.
Menurutnya, kesemua OKT diiringi lima anggota polis dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuan menghidupkan waran menahan di mahkamah.
“Ketika lori membelok ke kanan di persimpangan berkenaan, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik.
“Akibat kejadian itu, empat OKT dilaporkan cedera manakala enam lagi hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semua OKT yang cedera dihantar ke Hospital Rembau menggunakan ambulans bersama dua anggota pengiring serta diiringi MPV polis untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Tambahnya, Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau bersama Bahagian Trafik IPD Rembau turut dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan awal dan mengawal keadaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







