Pegawai kanan polis meninggal dunia terjatuh dari bangunan
SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Seksyen 14 di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pegawai kanan polis berkenaan adalah seorang lelaki yang bertugas dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
“Pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 3.07 pagi tadi.
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu katanya, Polis Selangor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta orang ramai agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















