BERITA SEMASA

Kibar bendera Israel : Polis ambil keterangan penganjur hari ini

 

KOTA BHARU – Polis Kelantan akan mengambil keterangan pihak penganjur Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan pada Jumaat lalu yang mengibarkan bendera Israel pada salah satu bot yang digunakan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, proses mengambil keterangan itu akan dilakukan ke atas penganjur acara iaitu Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia
hari ini bagi membantu siasatan ke atas insiden itu.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurut beliau, sebarang lambang kebangsaan tanpa kelulusan seperti bendera Israel adalah menjadi satu kesalahan.

Sinar Harian melaporkan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia yang menganjurkan Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza pada Jumaat lalu telah memohon maaf di atas tindakan mengibarkan bendera Israel semasa melakonkan semula apa yang berlaku kepada sukarelawan GSF.

Menurut Pengarah Program, Mohd Khairul Hafiz Hassan, beliau turut bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa untuk siasatan.

Sebelum itu tindakan Pertubuhan Anak Muda Bangkit Malaysia mengibarkan bendera Israel semasa Program 500 Pelayaran Solidariti Kelantan untuk Gaza mendapat kecaman serta pelbagai pandangan orang ramai di media sosial apabila menampilkan sebuah bot yang mengibarkan panji rejim zionis itu.

Menurut Mohd Khairul Hafiz itu hanyalah simulasi dan tidak mempunyai niat lain serta menyinggung mana-mana pihak.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button