Polis tahan empat lelaki bergaduh di parkir pangsapuri, rosakkan kenderaan
SHAH ALAM – Polis menahan empat lelaki dipercayai warga tempatan selepas terbabit pergaduhan sehingga menyebabkan kerosakan pada kenderaan di kawasan parkir sebuah pangsapuri di Setia Alam, di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Pemangku Senior Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya dapat maklumat kejadian pukul 9 malam.
“Bertindak atas maklumat, pada jam 9.15 malam, polis dapat menahan empat lelaki sedang bergaduh di tempat parkir kereta pangsapuri berkenaan.
“Beberapa senjata dan kenderaan yang digunakan dalam pergaduhan turut dirampas seperti satu laras senapang ikan serta busur, sebatang besi kuku kambing, eksoz motosikal dan sebuah kereta jenis Perodua Axia.
“Siasatan mendapati pergaduhan berpunca hutang tatu berjumlah RM120 yang tidak dibayar oleh seorang suspek dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan menggunakan senjata, Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kerosakan harta benda.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








