Israel operasi dua pangkalan rahsia di Iraq
TEL AVIV – Tentera rejim zionis dipercayai membina dua pangkalan rahsia di Iraq bagi membantu operasinya dalam peperangan dengan Iran.
The New York Times semalam melaporkan, seorang anggota tentera Iraq dan seorang orang awam dipercayai turut dibunuh bagi melindungi kewujudan pangkalan sulit berkenaan.
BACA JUGA:
WSJ dakwa Israel bina pangkalan rahsia di Iraq
Pendedahan itu menyusul laporan The Wall Street Journal pada awal bulan ini bahawa Israel membina sebuah pangkalan di gurun barat Iraq untuk digunakan dalam perang Amerika Syarikat (AS)-Israel dengan Iran yang bermula pada penghujung Februari.
Israel membina pangkalan itu bagi memendekkan tempoh penerbangan untuk serangan ke atas Iran, menyediakan rawatan perubatan serta membantu logistik dan sokongan lain kepada Tentera Udara Israel.
Pangkalan itu juga menempatkan anggota pasukan khas dan pasukan mencari serta menyelamat yang bersedia bertindak sekiranya juruterbang Israel ditembak jatuh.
Menurut seorang pegawai serantau, Israel mula membina pangkalan itu pada penghujung 2024.
Laporan itu turut menyebut, AS mengetahui kewujudan pangkalan tersebut dan ia kini tidak lagi beroperasi.
Kewujudan pangkalan tersebut disedari penduduk Badwi tempatan di kawasan gurun barat Iraq dan melaporkan penemuan mereka kepada pihak tentera
Bagaimanapun, tentera Iraq difahamkan memilih untuk memerhati dari jauh dan meminta maklumat daripada AS, namun pihak AS turut berdiam diri tanpa memberikan sebarang petunjuk.
Bagaimanapun, pada 3 Mac lalu, seorang pengembala Badwi, Awad al-Shammari, yang dalam perjalanan ke bandar berhampiran untuk membeli barangan dapur, dilaporkan dibunuh oleh helikopter Israel selepas secara tidak sengaja menemukan pangkalan itu, menurut sepupunya kepada akhbar berkenaan.
Al-Shammari dilaporkan sempat memaklumkan penemuan pangkalan itu kepada pihak berkuasa Iraq sebelum dibunuh.
Keluarganya kemudian menemukan mayatnya selepas bercakap dengan saksi kejadian.
Susulan kejadian, pihak Iraq menghantar satu misi peninjauan namun anggotakumpulan terebut terpaksa berundur selepas salah seorang anggota tenteranya terbunuh manakala dua lagi cedera akibat tembakan yang dipercayai dilepaskan oleh pihak Israel.
Pegawai kanan Iraq memberitahu The New York Times bahawa Baghdad telah mengemukakan aduan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), selain pemimpin tentera turut memberi taklimat kepada parlimen mengenai kejadian berkenaan.
“Ia menunjukkan sikap tidak menghormati kedaulatan Iraq, kerajaan dan pasukan keselamatannya, serta maruah rakyat Iraq,” kata ahli parlimen Iraq, Waad al-Kadu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








