Individu bakal didakwa kerana pijak al-Quran dipercayai peluk Islam April tahun lepas
CYBERJAYA – Pendakwah, Firdaus Wong mendakwa individu yang bakal didakwa di mahkamah esok kerana memijak al-Quran, baru-baru ini merupakan seorang Muslim.
Beliau dalam satu hantaran di Facebook berkata, individu bernama Vikneswaran itu memeluk Islam 20 April 2025 dan menggunakan nama Muhammad Zain.

“Dia budak yang baik, sopan santun dan lembut tutur katanya.
“Dia hubungi saya di Instagram dan mesej bertalu-talu ‘insist’ & kejar saya untuk mengIslamkan dia,” kata Firdaus dalam hantaran itu.
Firdaus bagaimanapun mengakui terkejut apabila individu tersebut didakwa memijak al-Quran.
“Sejujurnya, saya terkejut. Apa yang berlaku pada dirinya?
“Adakah dia dihasut, diprovokasi atau perkara lain? Saya juga ingin memahami & membantu,” katanya lagi.
Laporan media sebelum ini menyebut, polis menahan seorang pelajar universiti awam setelah gambar memijak al-Quran dimuat naik di akaun media sosial dipercayai miliknya menjadi tular.
Suspek, Vikneswaran a/l Selvanathan difahamkan akan didakwa di bawah dua pertuduhan, esok.
Jabatan Peguam Negara berkata, lelaki itu akan didakwa di bawah seksyen 295 Kanun Keseksaan [Akta 574] kerana mencemarkan objek yang dianggap suci, iaitu Al-Quran, dengan memijaknya, yang mana perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.
Dia juga menghadapi satu lagi pertuduhan di bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] kerana membuat dan memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








