Bapa penuntut didakwa hina Islam buat laporan polis, bimbang keselamatan anak
KUANTAN – Bapa kepada penuntut universiti yang ditahan polis kerana disyaki memuat naik kandungan menghina Islam di media sosial membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatan anaknya.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah berkata, lelaki berusia 50-an itu hadir ke balai polis bersama-sama anaknya yang berusia 21 tahun awal pagi tadi, juga memohon maaf kepada umat Islam, lapor BERNAMA.
BACA JUGA:
UMPSA tubuh jawatankuasa siasat dakwaan penuntut hina Islam
Insiden bukan Muslim hina agama Islam, al-Quran ketika Ramadan gores maruah umat Islam
Isu pijak al-Quran: Kerajaan arah tindakan tegas
KPT jamin isu penuntut UMPSA hina Islam diselesai segera
Kementerian Perpaduan pandang serius isu pelajar disyaki hina Islam di media sosial
Hina, pijak Al-Quran: Pelajar UMPSA ditahan polis
Pijak al-Quran: Penuntut IPTA mohon maaf, dakwa dipengaruhi perasaan dendam
“Orang ramai dinasihatkan supaya bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri yang boleh menjejaskan ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ashari menmbah, suspek direman sehingga 28 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Terdahulu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan kerana disyaki memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap Islam menerusi platform media sosial Threads.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








