Insiden bukan Muslim hina agama Islam, al-Quran ketika Ramadan gores maruah umat Islam
PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius insiden melibatkan seorang pelajar bukan Muslim yang menghina Islam dan al-Quran seperti yang tular di media sosial sejak semalam.
Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, perbuatan tersebut telah menggores maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan ini.
“Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang.
“Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sejak semalam, tular di media sosial gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut sebuah universiti di Pahang.
Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW.
Susulan penularan visual berkenaan, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








