BERITA SEMASA

UMPSA tubuh jawatankuasa siasat dakwaan penuntut hina Islam

PEKAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat dakwaan seorang penuntut universiti berkenaan menghina agama Islam.

Menurut Naib Canselor UMPSA, Prof Dr Yatimah Alias, pihak universiti memandang serius dakwaan penyebaran kandungan berkenaan yang dimuat naik melalui akaun milik individu berkenaan.

Beliau menambah, universiti tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyebaran kandungan palsu atau berbaur kebencian.

“Sentimen 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) tidak boleh dipandang remeh dan setiap individu perlu menjaga batas serta sensitiviti kerana ia boleh mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga maya termasuk komen atau status menyentuh isu sensitif di platform media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.

BACA JUGA:
Insiden bukan Muslim hina agama Islam, al-Quran ketika Ramadan gores maruah umat Islam
Isu pijak al-Quran: Kerajaan arah tindakan tegas
KPT jamin isu penuntut UMPSA hina Islam diselesai segera
Kementerian Perpaduan pandang serius isu pelajar disyaki hina Islam di media sosial
Hina, pijak Al-Quran: Pelajar UMPSA ditahan polis
Pijak al-Quran: Penuntut IPTA mohon maaf, dakwa dipengaruhi perasaan dendam

Yatimah seterusnya berkata, siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil sekiranya pelajar berkenaan didapati bersalah.

“Tindakan boleh diambil mengikut Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti UMPSA (Tatatertib Pelajar) 2024,” katanya lagi.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengingatkan semua warga UMPSA supaya tidak menyebarkan kandungan menyentuh isu 3R di media sosial kerana dikhuatiri boleh menggugat keharmonian dan keamanan negara.

“Pihak universiti sentiasa mengingatkan semua warga supaya mengutamakan sikap hormat-menghormati serta kasih sayang dalam kehidupan bermasyarakat.

“UMPSA juga bersedia bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button