Video tular kanak-kanak dipukul di kedai dobi, polis belum terima laporan
CHUKAI – Polis belum menerima sebarang laporan mengenai video yang menjadi tular di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan dimarahi dan dipukul seorang wanita dipercayai ibunya di kedai dobi di Kemaman.
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Razi Rosli yang mengesahkan perkara itu turut berkata, beliau memohon orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membuat laporan.
Difahamkan, kejadian itu berlaku Rabu lepas dan video dipercayai dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu disebar netizen sejak kelmarin.
Rakaman video itu menunjukkan, wanita terbabit bukan sahaja memarahi kanak-kanak terbabit tetapi turut bertindak menolak kepala, mencubit dan memukul badan mangsa.
Wanita itu didakwa bertindak demikian kerana naik angin selepas anaknya bermain di luar kedai dobi, menyebabkannya berang dan bertindak memarahi serta memukul mangsa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








