BERITA SEMASA

‘Kamu hina agama, kamu akan kena’ – tegas Menteri Agama terhadap individu pijak al-Quran

KUALA LUMPUR – Penuntut sebuah universiti tempatan yang bertindak biadab dengan memijak al-Quran telah direman dan disiasat di bawah tiga akta dengan nombor kes CA-89RE-305-02/2026.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, kes disiasat di bawah Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948.

“Proses keadilan sedang berlangsung. Tindakan sedang berjalan.
Bukan sekarang, malah sejak minggu lepas lagi dengan siasatan mengikut prosedur.

“Kamu hina agama, kamu akan kena.
Tapi bukan diadili dengan emosi, sebaliknya dengan lunas undang-undang,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Beliau berkata, tindakan memijak al-Quran ialah penghinaan dan pesalah wajib dihukum setegasnya.

“Ini iltizam MADANI, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Rukun Regara dan Maqasid Syariah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button