
Hina Lans Koperal: Polis buka kertas siasatan
KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan membabitkan seorang wanita yang bertindak mengeluarkan kata-kata berbaur penghinaan terhadap dua anggota polis seperti yang tular di media sosial
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan) berikutan laporan polis dibuat seorang awam berkait kes ini.
“Menerusi laporan polis yang dibuat oleh anggota polis yang terbabit dalam kes ini, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya memetik laporan Buletin TV3.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan media berkait kes ini dalam masa terdekat.
Terdahulu, tular rakaman video mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen membabitkan insiden itu.
Menerusi rakaman video berdurasi 25 saat yang mula tular menerusi pelbagai medium media sosial sejak semalam, kelihatan wanita terbabit tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap dua anggota polis terbabit.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah medan selera di Taman Seri Gombak namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar kejadian.
Bersama rakaman video yang tular itu, terdapat kapsyen yang mendakwa wanita terbabit adalah seorang pegawai polis, manakala dua anggota polis itu adalah pangkat bawahan dengan salah seorang berpangkat Lans Koperal.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





















