BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Kes simbah asid pengusaha spa, polis tahan seorang lagi suspek

KOTA BHARU – Polis menahan seorang lagi individu malam tadi bagi membantu siasatan kes simbah asid terhadap seorang pengusaha spa wanita di Bachok pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin dalam satu kenyataan berkata, suspek terbaharu merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dan ditahan di Kuala Krai.

“Suspek ini merupakan rakan kepada wanita yang ditahan petang kelmarin. Dengan tangkapan ini, jumlah individu yang ditahan setakat ini adalah dua orang,” katanya memetik Buletin TV3.

Tambah beliau, suspek akan dibawa ke Mahkamah Kota Bharu pada pagi ini untuk permohonan reman.

“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian.

“Polis tidak menolak kemungkinan insiden berpunca daripada perasaan cemburu, dendam, isu hutang, atau faktor lain,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 38 tahun di hadapan sebuah kilang getah di Kuala Krai sekitar pukul 4 petang kelmarin.

Mangsa, Nor Faziera Muda, 27, yang mengusahakan sebuah spa, disimbah asid oleh individu berpakaian purdah dalam kejadian tersebut.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan selama enam jam akibat kecederaan serius.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button