BERITA SEMASA

Maut rempuh lori, penunggang cedera parah di kepala

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori dalam kemalangan di Kilometer 25, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, semalam.

Dalam kejadian yang berlaku pada pukul 4.15 petang itu, mangsa dikenali sebagai Mohamad Asrul Hisyam Mohamad Amin, 28, yang bekerja sebagai pembantu teknikal pencawang di sebuah syarikat telekomunikasi disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila lori jenis Isuzu yang dipandu lelaki berusia 47 tahun sedang dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tersebut,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurut beliau, akibat rempuhan itu, mangsa maut di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button