BERITA SEMASAPMX

Jambatan baharu Kampung Chatel Damai siap, PM janji tiada rakyat dipinggirkan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus berusaha memastikan setiap rakyat, menikmati pembangunan dan kemudahan asas yang sewajarnya.

“Insya-Allah, saya dan seluruh jentera Kerajaan MADANI akan terus berusaha memastikan setiap rakyat, sama ada di kota mahupun di desa, tidak dipinggirkan daripada arus pembangunan serta menikmati kemudahan asas yang sewajarnya,” kata beliau dalam satu hantaran ringkas di media sosial hari ini.

Perkara itu dinyatakan sebagai reaksi kepada penghargaan daripada penduduk Kampung Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai, Kelantan terhadap jambatan keluli baharu yang telah siap dibina.

Jambatan Keluli Chatel Damai
Pembinaan jambatan keluli di Kampung Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan berjaya disiapkan dalam tempoh enam minggu. – Foto Bernama

Salah seorang penduduk, Wan Syukri Wan Isa, 53, berkata, pembinaan jambatan sepanjang 36 meter dan lebar tiga meter itu amat bermakna kepada penduduk yang sekian lama bergantung kepada jambatan gantung lama yang uzur.

Menurutnya, penduduk amat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang meluluskan projek berkenaan selepas masalah jambatan gantung itu berlarutan sejak sekian lama.

BACA JUGA:

Jambatan keluli Kampung Chatel Damai akhirnya siap

Lebih 50 tetamu kenduri kahwin jatuh ke sungai akibat jambatan gantung runtuh di Kuala Krai

Penduduk harap titi gantung diganti jambatan besi

PM arah titi gantung runtuh diganti segera

Katanya, jambatan gantung yang digunakan sebelum ini tidak selamat dan hanya boleh dilalui motosikal serta basikal.

“Pada awal Januari lalu, jambatan gantung itu runtuh dan tidak lagi boleh dibaiki.

“Penduduk memang menunggu kemudahan baharu ini sejak sekian lama,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan Projek Siap Jambatan Jenis Keluli di Sungai Chatel Damai, di sini.

Projek itu bertujuan bagi menggantikan titi gantung berusia 24 tahun di kampung tersebut yang runtuh dalam insiden melibatkan majlis kenduri perkahwinan pada 1 Januari lalu.

Susulan itu, pada 2 Januari, Perdana Menteri telah mengarahkan agar peruntukan disediakan bagi menggantikan segera jambatan gantung yang runtuh di Lata Rek untuk menjamin keselamatan dan kemudahan rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button