BERITA SEMASA

PM arah titi gantung runtuh diganti segera

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan penggantian titi gantung yang runtuh di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan semalam disegerakan.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, Perdana Menteri telah mengarahkan peruntukan segera disediakan bagi tujuan itu.

Semalam, sebuah titi gantung secara tiba-tiba runtuh, menyebabkan lebih 50 tetamu satu kenduri perkahwinan terjatuh ke dalam Sungai Chatel Damai, Lata Rek, Kuala Krai.

“Perdana Menteri memandang serius insiden runtuhan sebuah titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, semalam yang mengakibatkan kecederaan kepada beberapa orang awam serta menjejaskan akses harian penduduk sekitar Kampung Pasir Jering, Dusun Ban, Dusun Bunut dan Kampung Batu Pagar.

“Beliau turut menzahirkan simpati dan keprihatinan mendalam kepada lebih 50 mangsa yang terlibat dalam kejadian itu, khususnya pasangan pengantin dan keluarga yang diuji dengan musibah,” kata kenyataan itu, hari ini.

Menurut kenyataan sama, kerja-kerja penggantian jambatan akan dilaksanakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.

“Ia bagi memastikan tindakan pantas, berkesan serta menjamin keselamatan dan akses penduduk setempat,” jelas kenyataan itu lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button