
Himpunan Sumud Flotilla depan Kedutaan AS 4 petang ini, bantah penahanan Israel
KUALA LUMPUR – Orang ramai mula berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di ibu negara bagi membantah tindakan Israel menahan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Perhimpunan yang dinamakan Himpunan Sumud Flotilla itu dijadual berlangsung hari ini pada pukul 4.00 petang di hadapan The Linc, Kuala Lumpur, dan dijangka terus dipenuhi orang ramai.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) yang juga sukarelawan GSF, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, perjuangan kini beralih kepada rakyat untuk menunjukkan solidariti.
“Tugas peserta GSF selesai. Kini tugas kalian turun ke jalanan dan memberikan tekanan! Turun semua, sebarkan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
@malaysiatribune Orang ramai mula berhimpun di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi membantah tindakan Israel menahan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza. Difahamkan, orang ramai akan terus memenuhi lokasi ini dalam Himpunan Sumud Flotilla yang dijadual berlangsung hari ini, pukul 4.00 petang di hadapan The Linc, Kuala Lumpur. Video – X ijasama #malaysiatribune
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








