20,000 daftar sertai misi Global Sumud Flotilla – Nadir
KUALA LUMPUR – Sambutan rakyat Malaysia terhadap inisiatif kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) meningkat luar jangka apabila jumlah pendaftaran melonjak kepada 20,000 orang selepas misi terbaharu pasukan itu berakhir baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding hanya 600 pendaftaran sebelum misi kemanusiaan berkenaan dilancarkan.
“Sebelum misi dimulakan, hanya sekitar 600 rakyat Malaysia mendaftar melalui laman web GSF. Namun selepas misi selesai, jumlahnya melonjak kepada 20,000 pendaftaran baharu,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, semalam.
Terdahulu, pada 2 Oktober lalu, rejim Israel dilapor memintas kesemua 42 kapal misi kemanusiaan GSF ke Gaza dan menahan seramai 495 aktivis, termasuk 23 peserta dari Malaysia.
Kesemua aktivis terbabit kemudiannya dibebaskan secara berperingkat bermula pada 4 Oktober.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








