Hamzah kekal Ketua Pembangkang, Dewan Rakyat susun semula tempat duduk
KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul mengesahkan telah menerima surat pemakluman mengenai kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang menjelang Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 yang bermula esok.
Johari berkata, persidangan kali ini turut menyaksikan beberapa perubahan susunan tempat duduk termasuk membabitkan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menurut laporan BERNAMA, pertukaran tempat duduk Presiden BERSATU itu dibuat atas permintaannya sendiri.
Berdasarkan pelan tempat duduk Ahli Parlimen di laman rasmi Parlimen yang dikemas kini sehingga 19 Jun, Muhyiddin kini ditempatkan di Blok E dalam Dewan Rakyat.
Sementara itu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut kekal berada di barisan hadapan blok pembangkang selaku Ketua Pembangkang dan ditempatkan bersebelahan Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan pada Konvensyen Reset Malaysia bahawa Hamzah kembali menggalas tugas sebagai Ketua Pembangkang.
Menurut takwim Parlimen, Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Parlimen Ke-15 akan berlangsung dari 22 Jun hingga 16 Julai ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








