Ops Kesan 2.0: 2,790 premis diperiksa, 210 notis, tujuh kertas siasatan dibuka – KPDN
KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengeluarkan 210 notis dengan tujuh kertas siasatan dibuka melalui Ops Kesan 2.0 yang dilaksanakan susulan penyasaran subsidi diesel.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata, pihaknya telah memeriksa 2,790 premis pada 23 Jun lalu.
“Ia (pra Ops Kesan) dilaksanakan bagi mengambil maklumat mengenai harga barang. Kita mengutip lebih 1,772 SKU (unit penyimpanan stok) harga barang sebelum penyasaran subsidi bermula supaya kita boleh membuat perbandingan.
“Kita dapati hari pertama terdapat pihak yang mengambil kesempatan, namun selepas KPDN mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis, keadaan menjadi terkawal,” katanya.
Fuziah berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) berhubung tindakan bakal diambil KPDN supaya harga barang tidak melambung naik dengan mendadak susulan tindakan penyelarasan subsidi.
Fuziah turut memaklumkan KPDN telah melaksanakan operasi pra Ops Kesan bermula 2 Mei lagi iaitu sebulan sebelum Ops Kesan 2.0 dilaksanakan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








