Forum Global Wellness 2026 teroka trend baharu pasaran kesihatan Asia, himpun pemain industri Malaysia, Taiwan
KUALA LUMPUR – Peningkatan kesedaran pengguna terhadap aspek kesihatan dan kesejahteraan mendorong industri kesihatan global beralih daripada penawaran produk semata-mata kepada penyediaan penyelesaian gaya hidup holistik.
Pengasas dan Penerbit THE PAGE, Darren Teoh, berkata kesihatan tidak lagi dilihat sekadar pengambilan nutrisi atau rawatan ketika sakit, sebaliknya menjadi sebahagian daripada gaya hidup harian yang merangkumi aspek pengurusan tidur, tekanan, kesihatan usus, kecantikan, kawalan berat badan dan amalan perubatan pencegahan.
Beliau berkata, perkembangan populasi kelas pertengahan, pertambahan warga emas serta penggunaan teknologi digital yang semakin meluas di Asia turut mempercepatkan perubahan landskap industri kesihatan.
“Kesihatan tidak seharusnya menjadi pilihan hanya apabila seseorang jatuh sakit, tetapi perlu dijadikan sebahagian daripada kehidupan seharian. Industri kesihatan hari ini bukan lagi sekadar menjual produk, sebaliknya memainkan peranan dalam membentuk gaya hidup yang lebih sihat, positif dan lestari,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Global Wellness Consumer & Product Trends Forum 2026 yang berlangsung di The Zenith Connexion Conference & Event Centre, Bangsar South, semalam.
Forum berkenaan menghimpunkan pemimpin industri dari Malaysia dan Taiwan bagi membincangkan hala tuju serta peluang pertumbuhan sektor kesihatan di rantau Asia.
Bertemakan “Defining the Next Generation of Health Industry”, forum itu dianjurkan oleh THE PAGE dengan kerjasama Welbloom Biotechnology dan SEAbizs serta mendapat sokongan pelbagai organisasi industri termasuk Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Malaysian Dietary Supplement Association (MADSA) dan R Pharmacy.
Baca juga :
Dalam pada itu, forum tersebut turut memberi tumpuan kepada empat aspek utama iaitu trend pengguna dan perubahan pasaran, inovasi makanan, transformasi industri serta peluang pertumbuhan di pasaran Asia.

Mengulas lanjut, Darren Teoh berkata, persaingan masa depan juga tidak lagi tertumpu antara jenama semata-mata, sebaliknya melibatkan persaingan antara ekosistem industri dan platform kerjasama yang mampu mempercepatkan inovasi serta pengembangan pasaran.
“Kami berharap forum ini dapat membantu lebih banyak syarikat melihat potensi besar pasaran kesihatan Asia. Melalui kerjasama rentas sempadan, pertukaran teknologi serta perkongsian sumber, industri dapat terus mempercepatkan inovasi dan mewujudkan lebih banyak peluang di pasaran antarabangsa.”
Antara penceramah yang dijadual berkongsi pandangan ialah Pengurus Besar MADSA, James Pereira; Ketua Pegawai Eksekutif R Pharmacy, Adrian Toh; dan Pengurus Besar Welbloom Biotechnology, Alex Liao.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








