BERITA SEMASA

Fahmi sifatkan tindakan lapan Ahli Kongres AS campur tangan biadab

KUALA PILAH – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) yang mengkritik pendirian Malaysia untuk mengusir rakyat Israel yang didapati melanggar syarat sebagai biadab dan satu bentuk campur tangan terhadap urusan dalaman negara.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan mempunyai hak sepenuhnya untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Kita tidak akan berdiam dan sudah pasti kita akan sampaikan mesej yang sangat jelas kepada Kedutaan AS. Jangan campuri urusan dalaman termasuk isu imigresen bagi negara Malaysia.

“Sekiranya ada mana-mana individu didapati melanggar syarat-syarat, maka kita mempunyai kuasa dan hak untuk menghalau serta mengusir mereka,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Terdahulu beliau melawat sesi latihan kompang dan permainan gasing di FELDA Kepis bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senaling, Mohd Hanis Alimin.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan akan memastikan pendirian Malaysia berhubung perkara itu disampaikan kepada Kedutaan AS.

Mengulas isu Network School di Forest City, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap dakwaan melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap 11 individu yang dipercayai mempunyai dua kerakyatan.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini Jabatan Imigresen dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) belum mengenal pasti sebarang kesalahan, namun siasatan masih diteruskan.

“Sehingga tadi, Menteri Dalam Negeri memaklumkan tidak ada warganegara Israel dikesan dalam kalangan 266 individu yang telah disiasat dan ditemui Jabatan Imigresen serta pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lapan Ahli Kongres AS daripada Parti Demokrat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan mengusir rakyat Israel yang berada di Malaysia jika didapati melanggar syarat imigresen.hmi sifatkan tindakan lapan Ahli Kongres AS campur tangan biadab

KUALA PILAH – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menyifatkan tindakan lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS) yang mengkritik pendirian Malaysia untuk mengusir rakyat Israel yang didapati melanggar syarat sebagai biadab dan satu bentuk campur tangan terhadap urusan dalaman negara.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan mempunyai hak sepenuhnya untuk menguatkuasakan undang-undang imigresen tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Kita tidak akan berdiam dan sudah pasti kita akan sampaikan mesej yang sangat jelas kepada Kedutaan AS. Jangan campuri urusan dalaman termasuk isu imigresen bagi negara Malaysia.

“Sekiranya ada mana-mana individu didapati melanggar syarat-syarat, maka kita mempunyai kuasa dan hak untuk menghalau serta mengusir mereka,” katanya memetik laporan Utusan Online.

Terdahulu beliau melawat sesi latihan kompang dan permainan gasing di FELDA Kepis bersama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Senaling, Mohd Hanis Alimin.

Dalam pada itu beliau berkata, kerajaan akan memastikan pendirian Malaysia berhubung perkara itu disampaikan kepada Kedutaan AS.

Mengulas isu Network School di Forest City, Fahmi berkata Jemaah Menteri turut menegaskan kerajaan tidak akan berkompromi terhadap dakwaan melibatkan individu yang mempunyai kaitan dengan Israel.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan kepada Jemaah Menteri bahawa siasatan sedang dijalankan terhadap 11 individu yang dipercayai mempunyai dua kerakyatan.

Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini Jabatan Imigresen dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) belum mengenal pasti sebarang kesalahan, namun siasatan masih diteruskan.

“Sehingga tadi, Menteri Dalam Negeri memaklumkan tidak ada warganegara Israel dikesan dalam kalangan 266 individu yang telah disiasat dan ditemui Jabatan Imigresen serta pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan lapan Ahli Kongres AS daripada Parti Demokrat menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, bagi menyuarakan kebimbangan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung tindakan mengusir rakyat Israel yang berada di Malaysia jika didapati melanggar syarat imigresen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button