Eksport E&E terus kukuh, sumbang pertumbuhan ekonomi negara – Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR – Eksport sektor elektrik dan elektronik (E&E) negara kekal kukuh dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus pada suku pertama 2025, sekali gus menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,
pencapaian itu adalah hasil daripada usaha berterusan kementeriannya yang giat menarik pelaburan berkualiti tinggi, khususnya dalam sektor-sektor strategik seperti E&E.
Jelas Tengku Zafrul, ramai pelabur dari dalam dan juga luar negara yakin dengan potensi Malaysia dan meneruskan projek mereka di negara ini.
“Bila pelaburan masuk, kilang buka, eksport meningkat. Ini bermakna lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat, lebih banyak peluang perniagaan untuk syarikat tempatan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita.
“Memang ada cabaran di peringkat global, macam isu tarif timbal balas di Amerika Syarikat (AS), tapi kita di MITI sentiasa pantau dan ambil langkah perlu untuk pastikan perniagaan kita terus berdaya saing di peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu video di Instagram milik beliau semalam.
Tambah Tengku Zafrul, selain berunding dengan AS, strategi kementeriannya adalah untuk mencari dan mengembangkan pasaran baharu bagi menjual barangan buatan Malaysia serta menguatkan ekonomi tempatan.
Baca juga : Malaysia duduki tangga kedua pasaran automotif Asia Tenggara – Tengku Zafrul
“Inilah reformasi Ekonomi MADANI. Fokus kita nak pastikan ekonomi ini stabil, wujudkan lebih banyak peluang kerja dan perniagaan yang bagus dan bantu rakyat hadapi kos sara hidup.
“Kerajaan akan terus bekerja keras untuk pastikan ekonomi kita terus tumbuh, stabil dan hasilnya dapat dinikmati oleh semua rakyat,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








