BERITA SEMASABISNES & EKONOMIPMX

Kerajaan teroka laluan alternatif kurangkan kebergantungan Selat Hormuz

KUALA LUMPUR – Kerajaan kini memperkukuh usaha menjamin bekalan tenaga dengan mempelbagaikan sumber serta meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan terhadap laluan berisiko seperti Selat Hormuz.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun masih dalam suasana perayaan Aidilfitri, kesejahteraan rakyat, khususnya kos sara hidup, kekal menjadi keutamaan kerajaan.

“Kerajaan menggembleng usaha menjamin keterjaminan bekalan tenaga, termasuk mempelbagaikan sumber dan meneroka laluan alternatif bagi mengurangkan kebergantungan kepada laluan berisiko seperti Selat Hormuz,” katanya dalam kenyataan Facebook.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bil. 3/2026, yang meneliti perkembangan geopolitik semasa, tekanan ekonomi global, serta implikasi keselamatan susulan konflik di Asia Barat.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beberapa langkah intervensi awal yang proaktif dan tuntas akan dilaksanakan segera bagi memastikan ketahanan ekonomi negara terus terpelihara.

“Situasi ini akan terus dipantau rapi, dengan maklumat disalurkan secara telus kepada rakyat. Dalam mendepani cabaran ini, ketenangan, disiplin dan semangat kebersamaan amat penting untuk memastikan negara kekal stabil dan berdaya tahan,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button