BERITA SEMASA

Dua pusat hiburan tidak berlesen diserbu, 27 warga asing ditahan

KUALA LUMPUR – Dua premis hiburan di sekitar ibu negara diarah tutup selepas didapati beroperasi tanpa lesen sah dalam satu operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi penguat kuasa, semalam.

Menurut kenyataan DBKL di Facebook, operasi diketuai pasukan KL Strike Force mendapati salah satu premis tidak memiliki lesen hiburan dan satu lagi masih dalam proses permohonan lesen.

“Hasil pemeriksaan, DBKL telah mengambil tindakan sitaan terhadap peralatan berkaitan aktiviti hiburan di kedua-dua premis,” menurut kenyataan itu.

Dalam operasi sama, seramai 27 warga asing ditahan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur atas pelbagai kesalahan imigresen.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pula menahan 19 individu selepas ujian saringan air kencing mereka didapati positif dadah.

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut mengeluarkan 10 surat perintah hadir bagi membantu siasatan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button