BERITA SEMASA

Dua pemimpin Amanah negeri dilantik pengerusi MADA, KADA

PUTRAJAYA – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini mengumumkan dua pelantikan jawatan pengerusi badan berkanun Persekutuan di bawah kementeriannya.

Beliau mengumumkan pelantikan Datuk Dr Ismail Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), diikuti Muhammad Husain sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Jelas Mohamad, pelantikan kedua-dua pengerusi itu yang berkuat kuasa 15 Mei lalu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam bidang pentadbiran, dasar dan pembangunan masyarakat,” katanya.

Jelas Mohamad, beliau yakin dengan pengetahuan serta kredibiliti Ismail dan Muhammad dalam menggalas amanah menerajui kedua-kedua badan berkanun Persekutuan di bawah KPKM.

“Saya berharap tanggungjawab yang diberikan akan dijalankan dengan penuh integriti dan tata kelola baik selaras dengan aspirasi Malaysia Madani.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua yang dilantik,” katanya lagi.

Untuk rekod, Ismail merupakan Pengerusi Amanah Kedah manakala Muhammad adalah Pengerusi Amanah Kelantan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button