LUAR NEGARA

23 maut bas bertembung lori di selatan Brazil

BRASILIA – Sekurang-kurangnya 23 orang termasuk dua kanak-kanak maut, manakala lima lagi cedera selepas sebuah bas bertembung dengan lori di selatan Brazil, kelmarin.

Menurut laporan BBC, kemalangan berlaku pada pukul 3.30 pagi waktu tempatan di Lebuh Raya BR-373, selatan negeri Parana.

Bas milik pihak berkuasa kesihatan berhampiran bandar Imbituva itu membawa pesakit dan ahli keluarga mereka ke Ponta Grossa, kira-kira 60 kilometer dari lokasi kejadian bagi mendapatkan rawatan.

Polis tempatan memaklumkan antara mangsa yang terkorban ialah pemandu lori berkenaan.

Lebuh raya terbabit ditutup hampir tujuh jam bagi membolehkan anggota Polis Lebuh Raya Persekutuan Brazil bersama pasukan forensik menjalankan pemeriksaan di lokasi.

Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Berdasarkan kajian Bank Dunia, lebih 34,000 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Brazil pada 2023, dengan sebahagian besar mangsa merupakan penunggang motosikal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button