BERITA SEMASA

Pembangunan bakat muzik perlu disusuli pendidikan – Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Pembangunan bakat muzik tidak seharusnya hanya tertumpu kepada pencarian bakat baharu semata-mata, sebaliknya perlu disusuli elemen pendidikan bagi memastikan golongan berkenaan lebih bersedia menghadapi cabaran dalam industri.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, antara pengetahuan penting yang perlu dikuasai bakat baharu dalam menghadapi cabaran mendatang ialah aspek perundangan, khususnya sebelum mereka memeterai sebarang kontrak dengan syarikat rakaman.

Menurut beliau, kefahaman mengenai kandungan kontrak dan hak sebagai penyanyi penting bagi mengelakkan mereka berdepan masalah pada masa hadapan.

“Yang paling penting sebenarnya adalah celik perundangan. Sebelum tandatangan dengan mana-mana label, yang paling penting sebenarnya adalah untuk tahu hak kita sebagai seorang penyanyi.

“Ini asasnya, dengan pengalaman yang ada boleh dididik supaya mereka tahu apa hak mereka dan tidak menjadi masalah di kemudian hari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bintang Suara Melilea 2026 di sini, semalam.

Fahmi berkata, pendekatan membangunkan bakat melalui pendidikan dapat membantu golongan berkenaan memahami selok-belok industri selain melindungi kepentingan mereka ketika menceburi bidang muzik secara profesional.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button