Black Metal, Millah Abraham, Syiah diwartakan ajaran sesat di Sabah
KENINGAU – Jenis muzik Black Metal tersenarai sebagai salah satu daripada 16 kumpulan dan fahaman yang diwartakan sebagai ajaran sesat di Sabah bersama-sama ajaran Millah Abraham, Ilmu Makrifat, Hizbut Tahrir, Syiah dan Islam Jama’ah.
Exco Agama Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penwartaan yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah itu termasuk empat buah buku yang dianggap menyimpang dari ajaran ahli Sunnah wal-Jamaah.
Buku tersebut adalah Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Haji Ashaari Muhammad; Membela Sunnah Nabawiyyah hasil tulisan Abd Wahab Bustami; Awaluddin Makrifatullah ditulis Haji Muhammad Seman Al-Banjari dan buku-buku Mohd Hairi Nonchi.
“Selain itu, kita juga memantau ajaran sesat Millah Abraham. Pemantauan penguatkuasaan turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya selepas merasmikan Minggu Perpustakaan peringkat negeri, di sini hari ini.
Meskipun tiada penjelasan lanjut mengenai penwartaan muzik Black Metal sebagai ajaran sesat, musik jenis itu dianggap bertentangan dengan iktikad keimanan kerana penggunaan lirik yang seolah memuja syaitan dan menghina tuhan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







