BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Dua gerai, kenderaan rosak dalam letupan gas helium di Kajang

KAJANG – Dua gerai di sebuah medan selera di Sungai Ramal, di sini, musnah teruk selepas berlaku letupan melibatkan tong gas helium, hari ini, sekali gus menyebabkan tiga kenderaan turut mengalami kerosakan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu, tong gas helium yang digunakan bagi tujuan mengisi belon dipercayai meletup ketika disimpan di kawasan stor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah dan tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan.

“Akibat letupan itu, dua gerai rosak teruk manakala tiga kenderaan mengalami pelbagai tahap kerosakan. Punca sebenar kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Ketua Polis Balai Kajang, Inspektor Shisheewady Ruzani di talian 016-856 5670.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, tong gas helium berkenaan diletakkan di dalam sebuah stor berkeluasan kira-kira 0.92 meter persegi.

Menurutnya, kesan letupan mengakibatkan kerosakan dianggarkan sekitar 30 peratus terhadap sebuah Proton Wira, Perodua Axia dan sebuah Perodua Myvi yang berada berhampiran lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button