BERITA SEMASALUAR NEGARA

Dron bersaiz nyamuk sertai senarai aset tentera China

BEIJING – Sekumpulan saintis di China memperkenalkan dron bersaiz seekor nyamuk yang berpotensi merevolusikan operasi ketenteraan dan misi penyelamatan.

Menurut penuntut Universiti Pertahanan Nasional China (NUDT), Liang Hexiang, peranti bionik berskala kecil itu direka khusus untuk tugasan seperti pengintipan, peninjauan senyap dan misi khas yang memerlukan kelicikan serta mobiliti tinggi.

“Di tangan saya ini ialah robot mini menyerupai nyamuk.

“Dron ini dilengkapi dua sayap kecil berbentuk daun di sisi dan tiga kaki halus, selain boleh dikawal sepenuhnya melalui telefon pintar.

“Ia bukan sahaja menyasar kegunaan taktikal di medan perang, malah mampu menyusup ke kawasan sempit seperti runtuhan bangunan untuk membantu mengesan mangsa dalam situasi kecemasan,” katanya.

Dron itu berpotensi untuk pemantauan alam sekitar dengan pemasangan sensor khas bagi mengukur tahap kualiti udara atau air di kawasan berisiko.

“Bagaimanapun, saiznya yang ultra kecil membawa kekangan tertentu.

“Termasuk ruang muatan terhad yang mengehadkan jenis sensor boleh dibawa serta jangka masa penerbangan yang singkat akibat kebergantungan pada bateri berkapasiti rendah,” ujarnya.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan China dalam memperkukuh kecanggihan sistem robotik ketenteraan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button