Dr Akmal syukur BN kekal di Kinabatangan, Lamag
KINABATANGAN – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menzahirkan rasa syukur susulan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag yang menunjukkan Barisan Nasional (BN) mendahului di kedua-dua kawasan berkenaan.
“Alhamdulillah Kinabatangan dan Lamag kekal BN. Terima kasih semua,” katanya di laman Facebook petang ini.
Sebelum itu Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan, BN mendahului keputusan tidak rasmi di DUN Lamag dengan majoriti sebanyak 4,777 undi berdasarkan maklumat awal pengiraan undi.
PRK Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember tahun lalu.
Keputusan rasmi masih tertakluk kepada pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK DUN Lamag menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Ismail Ayob dan calon Warisan, Mazliwati Abdul Malek.
Manakala PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon BN, Mohd Kurniawan Naim Moktar; Datuk Saddi Abdul Rahman (Warisan) serta calon Bebas, Goldam Hamid.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








