Akmal tawar diri rangka surat peletakan jawatan Kor Ming
JOHOR BAHRU – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh mwnawarkan dirinya kepada Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming untuk membantu beliau merangka surat peletakan jawatan susulan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, semalam.
“Saya juga boleh bantu tuliskan surat peletakan jawatan anda,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Kenyataan Akmal itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Kor Ming semasa berkempen bahawa beliau akan meletakkan jawatan dalam parti sekiranya BN memenangi lebih daripada 40 kerusi dalam PRN tersebut.
Tindakan terbaharu Akmal itu menambah kehangatan siri pertikaman lidah politik pasca-pilihan raya, ketika tumpuan kini terarah kepada sama ada pemimpin pembangkang akan menunaikan komitmen yang dibuat semasa tempoh kempen pilihan raya.
Sebagai rekod, BN berjaya memenangi 48 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan diikuti Pakatan Harapan (PH) memenangi baki lapan lagi kerusi.
Kemenangan mutlak BN, yang turut menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN) tersingkir sepenunhnya, dilihat sebagai antara prestasi terkuatnya sejak PRN Johor 2022, sekali gus memperkukuh dominasinya di negeri selatan tanah air itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















