BERITA SEMASAINISIATIF KERAJAAN

Kor Ming tetap bentang RUU URA esok, anggap bantahan bermotif politik

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan beliau akan tetap membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (URA) untuk bacaan kedua di Dewan Rakyat esok.

Menurut Kor Ming, bantahan yang dibangkitkan pihak tertentu hanyalah berasaskan sentimen politik yang tidak membina.

“Pembentangan tetap berlangsung esok. Kita mahu politik yang membina, yang penting rakyat bersama kita,” katanya ringkas selepas menerima memorandum sokongan daripada sekumpulan penduduk di pintu masuk Bangunan Parlimen hari ini.

Hampir 50 penduduk sekitar Lembah Klang hadir menyerahkan memorandum tersebut sebagai tanda sokongan terhadap URA, sekali gus memberi reaksi balas kepada kumpulan yang membantah RUU itu semalam.

Rata-rata penduduk terbabit adalah penghuni rumah berusia lebih 30 tahun yang berharap kawasan kediaman mereka dapat dibangunkan semula.

Semalam, lebih 100 individu berhimpun di lokasi sama menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil rakyat berhubung RUU berkenaan.

Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan ketika menerima memorandum tersebut menegaskan, Ahli Parlimen pembangkang bersedia digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat sehingga enam bulan kerana menentang URA.

Beliau berkata, pembangkang akan menolak RUU itu habis-habisan serta menuntut agar ia ditarik balik dan tidak dibahaskan di Parlimen.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button